SENARAI

PROSES PEMBINAAN TAPAK RUMAH YANG KUKUH:-




Ini merupakan proses-proses pembinaan tapak rumah kami yang selamat dan kukuh:-



Ini merupakan peringkat pertama pembinaan sesebuah tapak bagi sesebuah rumah. Tapak rumah hendaklah diukur dengan mengikut keluasan plan sesebuah rumah.setelah semuanya diukur dan ditanda, proses membuat pacakan tiang atau pacakan tapak sesebuah rumah.Bagi membuat pacakan untuk tiang dan tapak, setiap sudut diukur untuk mengali lubang sedalam beberapa kaki,setelah siap digali,block kayu diukur dan dimasukan ke dalam lubang. simen dibancuhkan dengan batu kotor,apabila simen,pasir,dan batu kotor siap dibancuh.Besi konkrit akan di potong beberapa kaki dan dimasukan ke dalam block kayu dan simen yang siap dibancuh dimasukan ke dalam block kayu. proses ini mengambil bebarapa jam atau sehari.

Proses kedua.ialah membuat ukuran pada setiap sudut.proses ini untuk membuat tapak-tapak block untuk setiap ruang didalam rumah.kayu akan diukur dan dipaku mengikut ukuran tapak yang dirancang didalam setiap plan sesebuah rumah.


Setelah siap membuat pemasangan kayu pada setiap sudut yang diukur pada tapak.Block-block kayu akan dibuat dan dipasang mengikut ukuran yang terdapat di plan sesebuah rumah. proses ini penting bagi mengukuhkan skturtur sesebuah rumah.jika ianya tidah kukuh dan kuat,akan berlaku keretakan pada dinding sesebuah rumah,ini akan membahayakan penghuni rumah tersebut.

Setelah block kayu dibuat dan diletakkan disetiap ukuran mengikut plan rumah. Besi konkrit ini akan dimasukkan kedalam block kayu tersebuat.Proses ini di buat kepada keseluruhan tapak rumah didalam block rumah kami.


Selepas itu simen yang digaul bersama dengan pasir dan batu kotor akan dimasukan ke dalam block kayu yang mengandungi besi konkrit.proses ini akan dibuat kepada semua pada block kayu mengikut plan rumah.

Ini tapak rumah yang telah siap di buat mengikut proses tadi.Proses seterusnya di bahagian lain.

No comments:

Post a Comment